KUALA LUMPUR, 3 Mei -- Stesen minyak Shell Malaysia di Hotel Mint (laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban) dekat sini, menjadi stesen pertama di negara ini yang berjaya meraih pensijilan Piawaian Emas Sementara oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Penarafan itu diberi berikutan langkah stesen tersebut menyepadukan pendekatan pelbagai menerusi gabungan inovasi tenaga boleh diperbaharui (RE) dan cekap tenaga (RE) yang sejajar dengan ketetapan piawaian GBI.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading dan Shell Timur Sdn Bhd Sharian Huzani Husain berkata, sistem solar fotovoltan (PV) bumbung di stesen itu misalnya berupaya menjana hampir 90,575 kilowatt-jam (KWj) tenaga elektrik setahun yang mencukupi bagi kegunaan purata 382 isi rumah sebulan.
Malah, katanya, penjanaan tenaga menerusi panel solar itu juga dapat mengurangkan pelepasan karbon stesen tersebut sebanyak 62.8 tan setahun atau menyamai usaha menyelamatkan sejumlah 1,118 pokok.
"Stesen Shell Hotel Mint itu adalah pencapaian bermakna terbaharu kami dalam usaha memenuhi komitmen (hijau) ini. Kami juga menyasarkan untuk mencapai tahap pelepasan sifar dalam semua operasi menjelang 2050.
“Setakat ini, sebanyak 150 stesen kami mendapat penjanaan tenaga solar dan angka itu disasarkan mencecah 300 buah dengan 40 lokasi diiktiraf GBI menjelang akhir 2021,” katanya menerusi sesi secara maya di sini, pada Isnin.
Setakat ini, Shell mempunyai tiga stesen bersatus GBI manakala lima lagi sedang dinilai bagi tujuan pensijilan tersebut.
Dalam pada itu, Sharian berkata stesen Shell di Hotel Mint itu turut dilengkapi dengan mesin kompos sisa makanan yang boleh diubah menjadi baja.
Stesen itu berupaya mengumpulkan sehingga 30 kilogram sisa makanan sehari yang boleh dijadikan enam kilogram baja atau menyamai penghasilan sehingga 2,190 kilogram baja setahun bagi kegunaan kira-kira 4,000 tanaman dalam pasu.
Beliau berkata, berteraskan ciri-ciri dalaman syarikat itu sendiri seperti RE, EE dan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), Shell berharap untuk muncul sebagai peneraju inisiatif hijau tersebut selain dapat menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat dalam usaha sedemikian.
Maklumat lanjut serta perkembangan lain mengenai inisiatif Shell boleh diperoleh menerusi www.shell.com.my.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]