SHAH ALAM, 30 April -- Serba Dinamik Group Bhd menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan sukan elektronik (e-sukan) tempatan untuk bersama-sama membangunkan Pusat Selangor Esports City yang dijangka mula beroperasi pada 2022.
Kerjasama itu dibentuk berasaskan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Serba Dinamik , Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Persatuan Sukan Elektronik Selangor (ESS) serta Universiti Sains Komputer dan Kejuruteraan Malaysia (Unimy).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik , Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata Pusat Selangor Esports City akan menyediakan kemudahan e-sukan bertaraf dunia, akademi latihan, inkubator permainan dan hotel bertemakan e-sukan.
“Berlandaskan kerjasama dan sokongan pihak berkepentingan ini, Serba Dinamik menyasar untuk mengembangkan bakat e-sukan tempatan ke tahap antarabangsa dengan memanfaatkan infrastruktur bertaraf dunia, program pengembangan bakat dan sistem profil bakat yang dimiliki,” katanya pada majlis pemeteraian MoU tersebut di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata e-sukan kini merupakan fenomena global dan menurut penyelidikan dari Newzoo -- sumber paling dipercayai dunia bagi analisis dan penyelidikan pasaran permainan dan e-sukan -- Asia Tenggara menjana pendapatan berjumlah US$4.4 bilion daripada sektor permainan pada 2019/2020, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 16 peratus.
"Susulan begitu banyak potensi e-sukan untuk berkembang di negara ini, kami di Serba Dinamik berpandangan sudah sampai masanya untuk kami terlibat dalam arena ini,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda serta Sukan negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata pembangunan Pusat Selangor eSport City akan dilaksanakan di sebuah bangunan yang sebelum ini merupakan bangunan hotel di Shah Alam.
“Kita akan ubah keseluruhan bangunan itu untuk dijadikan pusat e-sukan dengan melibatkan kos sekitar RM10 juta yang akan dibiayai secara bersama dengan pihak swasta dan kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata pusat itu dijangka siap pada akhir 2021 dan mula beroperasi tahun hadapan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]