Berita

Petronas & CNOOC jalin kerjasama bagi jaminan tenaga, penyelesaian tenaga bersih



KUALA LUMPUR, 15 Mac -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan China National Offshore Oil Corporation (CNOOC) bagi kerjasama lebih erat untuk mencapai pertumbuhah bersama dalam jaminan tenaga dan penyelesaian tenaga lebih bersih. 

Petronas berkata skop kerjasama itu membuka peluang dalam rantaian nilai bersepadunya dan global, apabila kedua-dua pihak akan mengukuhkan kolaborasi dalam gas asli cecair (LNG), projek pembangunan dan eksplorasi huluan, penapisan, perkhidmatan lapangan minyak dan kejuruteraan, bahan kimia khas, pelincir serta tenaga boleh diperbaharui. 

“Petronas dan CNOOC juga akan bekerjasama untuk mengembangkan kegunaan gas asli sebagai bahan api marin lebih bersih menerusi penyelesaian perkhidmatan pengisian LNG, sebagai menyokong peraturan pengurangan pelepasan gas rumah hijau daripada kapal oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Menerusi MoU itu, Petronas dan CNOOC akan mempertimbang menubuhkan rangkaian bekalan pengisian global, memanfatkan pengalaman kedua-dua syarikat tersebut dalam perkhidmatan pengisian LNG. 

“Bagi segmen huluan, pada 2019, Petronas menerusi anak syarikatnya, PC Carigali Mexico Operations S.A. de C.V., memperoleh 30 peratus bahagian ekuiti dalam laut dalam Block 4, terletak di perairan Perdido Foldbelt dan dioperasikan oleh CNOOC,” katanya.

Bagi segmen LNG, Petronas dan CNOOC telah bekerjasama sejak 2006 menerusi perjanjian bekalan LNG 25 tahun bagi lebih 3.0 juta tan metrik setahun dengan Shanghai LNG Co., Ltd, yang dimiliki 45 peratus oleh CNOOC.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]