Berita

SCIB peroleh kontrak EPCC bernilai RM135 juta



KUALA LUMPUR, 15 Mac -- SCIB Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), berjaya memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM135 juta.

SCIB berkata surat tawaran (LoA) daripada Puncak Gemilang Melati Sdn Bhd itu adalah untuk cadangan Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Fasa 1 di Muallim, Perak.

Kontrak 26 bulan itu akan mula dilaksanakan pada 1 April 2021, hingga 1 Jun 2023, kata syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bidang tugas yang dinyatakan menerusi surat tawaran berkenaan merangkumi kerja-kerja tanah, infrastruktur dan bangunan, kerja-kerja mekanikal dan kejuruteraan serta kerja-kerja sampingan.

“Sebarang keuntungan yang diagihkan kepada kumpulan akan diberikan secara bertahap selama tempoh kontrak berdasarkan kemajuan projek,” katanya. 

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB  Rosland Othman berkata kontrak berkenaan mencatatkan satu pencapaian penting untuk syarikat kerana telah melebarkan aktiviti pembinaannya ke semenanjung dalam segmen perumahan mampu milik. 

“Kami  komited di bawah naungan PPAM dan PR1MA dalam membantu kerajaan menyediakan perumahan mampu milik kepada kumpulan berpendapatan Bawah dan Pertengahan 40 terutamanya ketika dalam keadaan ekonomi yang sukar untuk banyak pihak.   

“Keupayaan Sistem Binaan Industri (IBS) dan teknologi cetakan 3D turut memberikan kami kelebihan dalam pembinaan perumahan mampu milik kerana ia menjimatkan kos. IBS pula dapat memanfaatkan cabang pembuatan bahan binaan kami yang telah dicuba dan diuji,” katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]