KUALA LUMPUR, 15 Mac -- Gopeng Bhd telah menerima Surat Notifikasi sebagai pembida yang disenarai pendek daripada Suruhanjaya Tenaga (EC).
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat perladangan kelapa sawit itu berkata surat bertarikh 12 Mac, 2021 itu adalah maklum balas kepada bidaan yang dikemukakan syarikat pada 2 Sept, 2020 bagi membangunkan loji fotovolta solar berskala besar 50 megawatt (MW) di Gopeng, Perak.
Syarikat itu menambah ini tertakluk kepada pemenuhan syarat tambahan yang mungkin dikeluarkan oleh EC dan menyatakan kesemua terma dan syarat dalam Permintaan untuk Cadangan bertarikh 31 Mei, 2020 perlu terikat.
Syarikat akan membuat pengumuman lanjut mengenai perkara itu.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]