Berita

UOB Malaysia yakin terhadap permintaan penyelesaian tenaga solar selepas berakhirnya COVID-19



KUALA LUMPUR, 15 Mac  -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) begitu yakin dengan permintaan pasaran terhadap penyelesaian tenaga solar selepas berakhirnya COVID-19 kerana tenaga itu merupakan tenaga boleh diperbaharui yang mampu dimiliki, dapat diakses dan dipercayai.

 Ketua Negara Perbankan Borong UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata beralih ke sumber tenaga yang memanfaatkan cahaya matahari membolehkan syarikat dan individu menjimatkan wang sambil mengurangkan jejak karbon masing-masing.

“Kesan daripada pandemik COVID-19 ini telah mengubah cara kita hidup, bekerja dan menjalankan perniagaan.

“Apabila kita beralih ke era pasca COVID-19, lebih ramai akan melihat bagaimana mereka boleh mengamalkan sikap yang lebih mampan dalam tingkah laku mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, UOB Malaysia berkata ia telah membina beberapa perjanjian yang mantap dan menjangka permintaan untuk penyelesaian U-Solarnya akan meningkat berikutan langkah-langkah yang diperkenalkan di bawah Belanjawan Malaysia 2021 dan juga program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 yang baharu.

“Langkah-langkah ini akan meningkatkan lagi penyertaan sektor swasta, terutamanya dalam industri pembuatan, perindustrian dan perkhidmatan, untuk melabur dalam teknologi hijau dan tenaga bersih,” tambah bank berkenaan.

Program U-Solar adalah sebahagian daripada Rangka Kerja Kewangan Lestari Bandar Pintar UOB yang membimbing usaha pembiayaan bank dalam menyokong pembangunan bandar pintar dan lestari di seluruh rantau ini.

Di Malaysia, program U-Solar membantu menghasilkan 29,300 megawatt sejam (MWh) tenaga solar pada akhir 2020, bersamaan dengan lebih 19,000 tan karbon dioksida (tCO2-e) dalam pengurangan pelepasan gas rumah hijau atau menanam lebih 316,000 anak benih pokok selama 10 tahun atau mengeluarkan lebih 4,100 kereta dari jalan raya selama satu tahun.

Pada November 2020, UOB Malaysia menerima pengiktirafan untuk usahanya dalam menggalakkan penggunaan tenaga solar kepada syarikat dan pengguna di Malaysia.

Bank berkenaan menerima Anugerah Khas untuk Pembiayaan Tenaga Lestari (Pembiayaan Konvensional) sempena Anugerah Tenaga Nasional 2020 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]