Berita

Program U-Solar UOB Menyumbang Kepada Penjimatan Gas Rumah Hijau Di Seluruh Asean Bersamaan Dengan Penanaman 1.3 Juta Anak Benih Pokok

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh lebih sedikit dari setahun sejak pelancarannya pada Oktober 2019, program U-Solar¹ UOB telah menghasilkan hampir 160 jam gigawatt tenaga solar² di seluruh ASEAN, iaitu pengurangan lebih 77,200 tan setara karbon dioksida (tCO₂e)³ dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG). Pengurangan dalam pelepasan GHG ini adalah bersamaan dengan menanam hampir 1.3 juta anak benih pokok selama 10 tahun atau mengeluarkan hampir 17,000 kereta dari jalan raya selama satu tahun⁴.

U-Solar adalah ekosistem industri solar pertama di Asia yang memacu pembangunan dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara. Melalui U-Solar, yang boleh didapati di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand, Bank menawarkan rangkaian penyelesaian kewangan kepada syarikat dan pengguna di seluruh Asia Tenggara untuk menggalakkan pembangunan dan penggunaan tenaga solar. Penyelesaian ini termasuk menyediakan pengurusan tunai dan pembiayaan hijau kepada pemaju projek solar, dan juga penyelesaian pembiayaan berdasarkan kontrak hujung ke hujung kepada kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]