KUALA LUMPUR, 14 Mac -- Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan mengkaji semula Program Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 dengan menekankan aspek lebih mesra rakyat.
KeTSA dalam kenyataan memaklumkan usaha itu juga bertujuan memberi fokus kepada persediaan industri bekalan elektrik negara dalam menghadapi cabaran baharu rentetan kemunculan teknologi disruptif khususnya yang melibatkan sumber tenaga boleh baharu seperti solar.
Katanya, rancangan asal MESI 2.0 yang diluluskan pada 2019 adalah untuk mengubah struktur industri bekalan elektrik sekali gus memberi kesan besar kepada pengguna di Semenanjung.
“Keadaan ini penting supaya ia selari dengan keutamaan kerajaan yang memberikan tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara kesan pandemik COVID-19 serta meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan dan kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengambil kira situasi dan cabaran baharu kesan COVID-19, KeTSA berkata terdapat keperluan mendesak untuk memastikan industri bekalan elektrik negara dapat mendepani cabaran masa hadapan atau bersifat ‘future-proof’, tanpa mengubah struktur industri sedia ada.
Menurut kenyataan itu, satu kajian menyeluruh perlu di bawah inisiatif MESI 2.0 bagi memastikan pelaksanaannya tidak akan membebankan pengguna, mesra rakyat, selain tidak menambahkan bebanan kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang.
Justeru, Suruhanjaya Tenaga yang diberikan tanggungjawab menjalankan kajian perlu memastikan semua yang dilaksanakan kelak adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan kebaikan kepada negara dan rakyat.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]