KUALA LUMPUR, 13 Mac -- Kesukaran yang dihadapi oleh 100 orang penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana di Jalan Peel, Pudu, di sini ekoran pandemik COVID-19, mendapat perhatian Serba Dinamik Group Berhad (SD).
Penduduk di situ menerima sumbangan barangan keperluan asas di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang dijalankan Serba Dinamik Care Team dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), Amal Tharathai.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SD Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah berkata program itu bertujuan membantu mereka yang memerlukan, terutama golongan miskin bandar dalam tempoh yang mencabar ini.
“Penduduk menerima sumbangan berupa barangan keperluan seperti beras, gula, susu, telur, minyak masak dan makanan dalam tin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Karim berkata pandemik yang bermula sebagai ancaman kesihatan telah menular menjadi krisis sosioekonomi dan kemanusiaan apabila pelaksanaan perintah berkurung menjejaskan kehidupan, pekerjaan dan pendapatan yang membawa kepada kemiskinan dan kesulitan.
Menyedari hakikat kesukaran itu, Mohd Karim berkata SD telah menubuhkan Serba Dinamik Care Team tahun lepas, untuk membantu mereka yang terjejas akibat pandemik tersebut.
"Semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri menekankan bahawa 'tidak ada orang yang akan tercicir' dan kami sebagai rakyat Malaysia merasakan kami juga harus tampil dan membantu kerajaan untuk memastikan mereka yang benar-benar memerlukan tidak tercicir," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]