Berita

Minetech Resources kini sebagai pelabur Solar PV Berdaftar di bawah SEDA



KUALA LUMPUR, 3 Mac  -- Minetech Resources Bhd kini berdaftar sebagai Pelabur Solar Fotovoltaik Berdaftar (RPVI) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) di bawah program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0.

Sebagai RPVI, SEDA membenarkan syarikat itu untuk menjual tenaga elektrik menerusi Perjanjian Pembelian Tenaga Boleh Baharu di bawah program NEM 3.0 kepada agensi kerajaan, perniagaan dan individu.

Dalam kenyataan pada Rabu, Pengerusi Eksekutif Minetech, Datuk Awang Daud Awang Putera berkata transformasi kepada sektor tenaga boleh baharu akan melengkapkan pertumbuhan perniagaan syarikat itu dalam pasaran solar dan seterusnya mempelbagaikan sumber pendapatannya.

“Seiring dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu kepada 20 peratus menjelang 2025, kami yakin sektor tenaga boleh baharu menjanjikan prospek cerah bagi jangka panjang.

“Kami berazam melaksanakan peranan dalam menyokong dasar kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan teknologi hijau dan terus meneroka lebih banyak peluang perniagaan dalam sektor ini,” katanya.

Program NEM 3.0, diperkenalkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, dilaksanakan mulai 2021 hingga 2023 dengan kuota 500 megawatts.

Ia menyasarkan untuk menggalakkan pertumbuhan tenaga boleh baharu, menyediakan peluang kepada lebih ramai pengguna seperti agensi kerajaan, rumah-rumah ibadat serta syarikat untuk memasang sistem solar fotovoltaik di bahagian bumbung bangunan masing-masing.

-- BERNAMA

 

 

 


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]