KUALA LUMPUR, 3 Mac -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini dalam perbincangan untuk mengambil alih aset angin Tarif Galakan (FiT) di United Kingdom (UK) melalui International Asset Group (IAG), kata MIDF Research.
Ia berkata TNB juga sedang dalam proses memuktamadkan perbincangan dengan Sunseap Group untuk meneroka pengembangan tenaga boleh diperbaharui (RE) di Singapura dan Vietnam.
"TNB sedang melihat potensi jualan RE rentas sempadan ke Singapura sementara pada masa yang sama ia sedang meneroka potensi pasaran solar di bumbung," katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.
Pada Oktober 2020, Singapura menetapkan sasaran untuk memasang sebanyak 2000 Megawatt (MW) solar photovoltaic (PV) pada tahun 2030, ia bagi memenuhi keperluan tahunan kira-kira 350,000 isi rumah.
"Berdasarkan statistik Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura (EMA), dilaporkan bahawa Singapura memiliki kapasiti solar sebnayk 290 MW pada suku pertama 2020, ia bermaksud terdapat 1,710 MW lagi diperlukan dalam temph 10 tahun akan datang untuk memenuhi sasaran bagi tahun 2030 dan dijangka didahului sektor swasta," katanya.
Justeru, firma penyelidikan itu menganggarkan Malaysia dapat memberikan sokongan yang bermakna untuk sasaran tersebut, memandangkan keperluan untuk kawasan daratan yang luas selain daripada bumbung bagi menghasilkan tenaga solar.
"Sektor tenaga Singapura beroperasi terutamanya pada turbin gas dan stim, menyumbang 96 peratus daripada keseluruhan kapasiti, manakala sisa kepada tenaga dan solar masing-masing menyumbang sebanyak 2.0 peratus dan 2.3 peratus daripada jumlah kapasiti yang telah didaftar," katanya. .
Mengenai pelancaran percubaan perdagangan tenaga rentas sempadan, MIDF Research berkata EMA merancang untuk melaksanakan proses Permohonan Cadangan (RFP) menjelang Mac, 2021 untuk import elektrik sebanyak 100 MW, ia akan merangkumi sekitar 1.5 peratus permintaan Singapura.
"Di bawah RFP ini, import elektrik dapat dimulakan pada akhir 2021 menerusi penyambung elektrik sedia ada antara Singapura dan Malaysia dengan hanya satu pengimport akan dipilih melalui proses tender terbuka," katanya.
Ia berkata percubaan itu bertujuan untuk menilai dan menyempurnakan kerangka teknikal dan peraturan untuk mengimport elektrik ke Singapura serta memudahkan import berskala lebih besar dari rantau ini pada masa depan.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran hingga RM11.80, memandangkan bekalan tenaga rentas sempadan 100 MW ke Singapura mempunyai potensi positif bagi TNB untuk mencapai sasarannya dan secara beransur-ansur mengurangkan kebimbangan terhadap tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) berkaitan pendedahan “tenaga kotor”.
TNB mensasarkan untuk mengembangkan portfolio RE keseluruhannya kepada 8,300 MW (termasuk hidro besar) menjelang tahun 2025.
Pada Selasa, Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Renewables Sdn Bhd memeterai kerjasama lembaran terma terikat dengan Sunseap Group untuk memanfaatkan pasaran tenaga boleh diperbaharu (RE) dan perjanjian pembelian tenaga (PPA) korporat di Singapura.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]