Berita

Techfast teroka perniagaan petroleum, pengisian bahan api

Techfast Holdings Bhd

KUALA LUMPUR, 2 Mac -- Kumpulan pembuatan komponen, Techfast Holdings Bhd bercadang untuk mempelbagaikan perdagangan kepada produk petroleum, pengisian bahan api (bunker) serta perniagaan lain yang berkaitan.

Pengarah Eksekutif Vincent Tan Wye Chuan berkata kepelbagaian perniagaan itu akan mengurangkan pergantungan syarikat terhadap perniagaan pembuatan sedia adanya. 

“Kami mempunyai rancangan yang besar bagi mengembangkan perniagaan kumpulan kerana kami mahu menjadi pembekal bunker terkemuka di Malaysia. 

''Sebuah anak syarikat baru, Fast Energy Sdn Bhd (FESB) telah ditubuhkan untuk melaksanakan penyediaan perkhidmatan bunker, pajakan kapal dan aktiviti lain yang berkaitan,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Di samping itu, Techfast sedang membida kontrak bagi meningkatkan tempahan dalam tangannya termasuk cuba meneroka peluang pertumbuhan pendapatan melalui perkongsian strategik atau penggabungan dan pengambilalihan (M&A).

Menurut Tan lagi, Techfast sedang memperoleh 35 peratus kepentingan dalam CCK Petroleum Sdn Bhd pada harga RM26.25 juta melalui gabungan tunai dan terbitan saham baharu. 

CCK Petroleum ditubuhkan pada 2013 dan secara dasarnya terlibat dalam perdagangan bunker minyak serta penyediaan perkhidmatan bunker minyak yang berkaitan dengan perdagangan bahan api marin ke kapal.

''Selain itu, kami juga berhubung dengan syarikat-syarikat perkapalan, pengangkutan dan logistik untuk mendapatkan kontrak jangka sederhana hingga panjang bagi menjamin pendapatan yang mampan,” kata Tan sambil menambah, Techfast juga sedang dalam perbincangan dengan syarikat pembekal bunker terkemuka Malaysia yang beroperasi di Port Klang.

Beliau berkata kepelbagaian perniagaan baharu ini juga akan membolehkan Techfast mengambil peluang dalam perkembangan industri pengangkutan maritim. 

''Kini terdapat peralihan tenaga dalam industri iaitu daripada bahan api berasaskan minyak kepada sumber tenaga alternatif yang lebih bersih berikutan peraturan Pertubuhan Maritim Antarabangsa 2030/2050 yang akan datang, yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau industri perkapalan sebanyak sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang 2030 dan 70 peratus menjelang 2050.

“Oleh kerana itu, syarikat pembina baharu memilih enjin dwi-bahan api yang boleh dikuasakan dengan gas asli cecair. Ini membentangkan peluang untuk Techfast menceburi ruang pembekal LNG, selepas memasuki pasaran bahan api berasaskan minyak tradisional,'' katanya lagi.

Techfast akan mendapatkan kelulusan daripada pemegang sahamnya untuk cadangan pengambilalihan dan mencadangkan kepelbagaian semasa mesyuarat agung luar biasa yang dijadualkan pada 11 Mac ini.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]