Berita

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (second right)

KUCHING, 2 Mac  -- Sarawak hari ini melancarkan perkhidmatan bas awam yang digerakkan oleh tenaga elektrik yang pertama dalam negara, selaras dengan dasar kerajaan negeri yang memberi penekanan terhadap pembangunan lestari.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

“E-Bus bertujuan menyediakan perkhidmatan pengangkutan alternatif yang selesa dan percuma kepada pelawat dan penduduk tempatan, dengan menyambung beberapa destinasi penting pelawat di bandar raya Kuching sebagai tempoh percubaan pada tahun 2019, dan ia mendapat sambutan baik dalam kalangan pelawat serta penduduk tempatan yang memuji perkhidmatan percuma, inovatif dan tenaga hijau itu.

“Bagimanapun dengan hanya sebuah bas, perkhidmatan itu agak terhad. Sehubungan itu bagi menyediakan perkhidmatan E-Bus yang boleh diharapkan, tepat masa, dengan kawasan liputan yang lebih luas, kementerian saya telah mengesyorkan supaya empat unit E-Bus baharu disediakan bagi perkhidmatan ini,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran perkhidmatan berkenaan hari ini.

Dengan tambahan jumlah bas, beliau berkata perkhidmatan itu kini meliputi kawasan yang lebih luas; daripada 26 perhentian bas kepada 54 hentian, berulang alik antara kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh, yang merupakan destinasi popular di sini.

Abdul Karim berkata semua bas itu dilengkapi dengan teknologi terkini, seperti sistem automasi pengumuman hentian bas, sistem kawalan penyiaran kandungan tepat masa, kaunter video penumpang, di samping kemudahan kerusi roda, WIFI percuma, kamera CCTV dan ruang khusus bagi menempatkan basikal yang boleh dilipat.

“Ia juga dilengkapi dengan aplikasi yang dinamakan ‘Kuching Metro’ yang membolehkan pengguna bas mendapat pemantauan tepat masa lokasi bas, dan jangkaan masa ketibaan bas. Empat unit E-Bus yang disediakan untuk perjalanan antara bangunan DUN dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh dijangka mempunyai tempoh masa ketibaan selang dua jam setiap bas,” katanya.

Berhubung ketibaan pelancong ke Sarawak, beliau berkata jumlah pelancong domestik dijangka naik sedikit demi sedikit pada separuh tahun kedua 2021, dengan 1.1 juta pelancong dijangka tiba, membawa perolehan sekitar RM2.64 bilion.

“Pad tahun 2020, ketibaan pelawat merudum 74 peratus, kepada 1,199,872 berbanding tahun 2019 yang mencatatkan jumlah 4,662,419, disebabkan pandemik COVID-19.

“Perolehan pelancongan jatuh 75 peratus kepada RM2.88 bilion berbanding tahun 2019. Pandemik ini menjejaskan industri pelancongan dengan jumlah kerugian dianggar RM8.69 bilion,” katanya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]