Datuk Seri Mahdzir Khalid (left). Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (right)
KOTA BHARU, 28 Feb -- Projek pembinaan empangan jana kuasa hidroelektrik yang akan dibina di Nenggiri, Gua Musang dijangka dapat mengatasi masalah banjir di Kelantan.
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya ada empangan berkenaan itu nanti, ia akan menjadi sistem tebatan banjir yang dapat menyekat pengaliran air ke dalam sungai yang boleh menyebabkan berlakunya banjir.
Beliau berkata empangan itu juga mampu menakung jumlah air hujan dan dapat menyekat air turun ke dalam sungai sekali gus dapat mengurangkan air di dalam sungai.
“Sebelum ini, empangan jana kuasa hidroelektrik telah dibina di Cameron Highlands, Pahang; Sungai Perak, Perak dan juga di Tasik Kenyir, Terengganu.
“Jadi dalam tempoh terdekat pada Mac ini, saya akan adakan pertemuan dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini dan akan membuat pengumuman rasmi mengenai projek ini nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Program Ceria ke Sekolah TNB di sini, hari ini.
Beliau berkata dalam jangka masa panjang, pihaknya juga dalam usaha untuk mempertingkatkan tenaga elektrik yang boleh diperbaharui termasuk solar dan juga hidroelektrik.
“Dalam bekalan elektrik ini ada empat jenis penjanaan kuasa elektrik iaitu arang batu, gas, hidro dan solar. Jadi TNB dalam usaha untuk meningkatkan tenaga yang boleh diperbaharui termasuk hidro dan solar selain usaha untuk ke arah teknologi hijau,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata TNB memperuntukkan sebanyak RM3 juta menerusi Program Ceria ke Sekolah TNB berbanding hanya RM1 juta tahun lepas.
“Tahun ini kita menaikkan peruntukan bagi program berkenaan menerusi program tanggungjawab sosial korporat TNB untuk membantu lebih 30,000 pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
“Bagi Kelantan, TNB telah memilih 1,400 pelajar miskin yang akan menerima sumbangan berbentuk peralatan asas persekolahan termasuk pakaian seragam sekolah, beg dan alat tulis,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]