Berita

SCIB rekod lonjakan ketara untung bersih, perolehan bagi tahun kewangan 2020



KUALA LUMPUR, 26 Feb - Keuntungan bersih Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 melonjak kepada RM52.17 juta daripada RM3.15 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Perolehan turut meningkat dengan ketara sebanyak 499.69 peratus kepada RM516.02 juta daripada RM86.05 juta bagi tempoh yang sama, dipacu oleh pembinaan serta segmen kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) yang menjadi penyumbang perolehan terbesar dengan RM449.9 juta.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rosland Othman berkata syarikat akan terus memperkukuh kedudukan kewangan dan memastikan SCIB kekal boleh untung dalam jangka pendek.

“Sebelum ini kami sentiasa menumpukan operasi perniagaan di Sarawak namun kini kami juga menekankan peluasan berterusan perkhidmatan kami ke Semenanjung Malaysia, Indonesia, Qatar dan Oman di samping membida kontrak EPCC bernilai lebih tinggi yang akan melonjak perolehan SCIB,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata SCIB menganggarkan nilai perolehan kontrak dalam tangan setakat ini berjumlah RM2.2 bilion, dengan syarikat telah memperoleh projek tempatan dan antarabangsa pada awal Februari, yang akan merancakkan lagi aktivitinya pada tahun-tahun mendatang.

“Ini memberi dorongan yang diperlukan kami untuk mencapai matlamat meningkatkan nilai perolehan kontrak dalam tangan kepada RM2.5 bilion tahun ini,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2020, lembaga pengarah SCIB mengumumkan dividen dikecualikan cukai satu peringkat interim ketiga sebanyak 1.9 sen setiap saham biasa yang akan dibayar pada 30 Mac, 2021.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]