Berita

Petronas Gas bina saluran paip bernilai RM541 juta bagi loji jana kuasa di Pulau Indah



KUALA LUMPUR, 22 Feb -- Petronas Gas Bhd (PGB) meluluskan keputusan pelaburan akhir bagi pembinaan saluran paip gas lateral baharu bernilai RM541.07 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat infrastruktur gas dan utiliti itu berkata saluran paip tersebut adalah sepanjang kira-kira 42 kilometer dan akan menggunakan gas yang disalur daripada rangkaian saluran paip Peninsular Gas Utilisation (PGU) II sedia ada.

Ia berkata gas asli tersebut akan disalurkan ke loji jana kuasa turbin gas kitaran 1,200 megawatt di Pulau Indah, Selangor, yang memerlukan bekalan kira-kira 137 juta kaki padu standard, serta kepada industri yang berkaitan di sepanjang saluran paip itu.

“Projek ini dijangka selesai dan mula beroperasi pada suku pertama 2023,” kata PGB.

Syarikat itu berkata projek tersebut dikendalikan oleh perniagaan pengangkutan gas dan pengegasan semula sebagai sebahagian daripada pengembangan lateral PGU, yang dikawal selia di bawah rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

“IBR akan menentukan kos pemulihan projek menerusi tarif penghantaran saluran paip,” kata PGB, dan menambah ia akan menggunakan kemudahan pembiayaan Islam daripada RHB Islamic Bank Bhd bagi membiayai kos projek tersebut.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]