Berita

TNB, Maevi akan main peranan penting sokong rancangan digitalisasi kerajaan



KUALA LUMPUR, 22 Feb -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan anak syarikatnya Maevi Sdn Bhd, menyasar menggalas peranan penting dalam menyokong rancangan digitalisasi kerajaan menerusi tawaran produk rumah pintar. 

Pengarah Projek Infrastruktur Pemeteran Maju (AMI) TNB, Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata matlamat kumpulan adalah untuk memperkenalkan teknologi yang saling melengkapi bagi mewujudkan masa depan yang lebih lestari serta cekap tenaga bagi meningkatkan daya harap dan ketahanan sistem bekalan negara.

“TNB terus berinovasi untuk memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan, dan dengan pemasangan Meter Pintar serta penambahbaikan aplikasi myTNB, kami berhasrat untuk memperkasa kehidupan pelanggan selain menawarkan kemudahan, ketelusan dan kawalan yang jauh lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kumpulan akan terus meluaskan integrasi inovasi teknologi digital dan Internet Pelbagai Benda (IoT) ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia,” katanya.

Maevi membangunkan produk dan penyelesaian IoT atau IoT industri yang bukan sahaja terhad kepada pengurusan dan pengoptimuman tenaga.

Sementara itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Maevi, Izham Ismail berkata Maevi berbangga  mendukung usaha TNB memperkasa pelanggan untuk merancang penggunaan elektrik dengan cekap.

"Peranti rumah pintar Maevi melengkapi manfaat Meter Pintar memandangkan ia menambah ciri pemantauan tenaga jarak jauh kepada automasi dan keselamatan kediaman, sekaligus menjadikan setiap rumah lebih pintar," katanya.

Ketika Malaysia menggerakkan transformasi digitalnya, TNB berharap dapat meneruskan usaha  pemasangan Meter Pintarnya di Lembah Klang untuk tempoh berbaki 2021, dengan pelan perluasan ke kawasan lain di Malaysia dalam jangka masa terdekat.

-- BERNAMA



 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]