KUALA LUMPUR, 22 Feb -- Hong Leong Bank (HLB) telah memperkenalkan 'HLB SME Solar Financing' iaitu kemudahan pembiayaan tenaga hijau yang dibangunkan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang ingin memasang sistem solar fotovolta (PV) berskala kecil.
Program itu menawarkan pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap pelanggan PKS dengan tempoh pinjaman maksimum selama tujuh tahun pada kadar faedah yang menarik.
Dalam satu kenyataan hari ini, HLB berkata di bawah program itu, bank itu mempunyai tujuh panel penyedia perkhidmatan tempatan terkemuka iaitu Plus Solar Systems Sdn Bhd, Solarvest Holdings Bhd, Mattan Engineering Sdn Bhd, Samaiden Sdn Bhd, ERS Energy Sdn Bhd, Pekat Solar Sdn Bhd dan Gading Kencana Sdn Bhd yang akan menyediakan secara komprehensif pemasangan, pentauliahan, operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan PV solar kepada pelanggan PKS HLB.
“Banyak perniagaan, terutamanya PKS sedang menjalani transformasi untuk beroperasi dengan kecekapan kos yang lebih besar, malah lebih penting di tengah-tengah tekanan ekonomi dan cabaran yang dibawa oleh COVID-19.
“Salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan kos ialah pada bil elektrik menerusi penggunaan teknologi tenaga boleh diperbaharui menggunakan PV solar,” katanya.
Sebelum ini, HLB berkata pemasangan PV solar kebanyakannya berskala besar melibatkan syarikat atau ladang solar yang lebih besar dengan pelaburan jutaan ringgit serta proses kelulusan yang panjang.
“Sesetengah yang telah melakukan pemasangan yang lebih kecil telah ditolak kerana kekurangan atau tiada akses kepada kemudahan pembiayaan.
'HLB SME Solar Financing' adalah kemudahan dan penyelesaian yang bertujuan untuk menangani dan merapatkan jurang pemasangan PV solar berskala kecil yang sememangnya dicari oleh PKS," tambahnya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Domenic Fuda berkata program pembiayaan solar baharu ini bukan sahaja membantu pelanggan HLB mengurangkan perbelanjaan operasi dan jejak karbon mereka dalam jangka panjang, malah menyumbang ke arah membina ekosistem yang bertenaga dan mampan.
Pada masa sama, ia turut menyokong inisiatif negara untuk meningkatkan kepentingan tenaga boleh diperbaharui campuran tenaga negara kepada 20 peratus menjelang 2025.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]