Berita

Petronas, JERA meterai MoU jalin kerjasama inisiatif tenaga rendah karbon



KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan JERA Co Inc Jepun untuk bekerjasama dalam pelbagai inisiatif tenaga rendah karbon meliputi gas asli cecair (LNG), ammonia dan hidrogen.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata pemeteraian MoU tersebut adalah hasil visi bersama kedua-dua syarikat dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih.

“Kami berbangga dapat meningkatkan hubungan selama empat dekad kami dengan JERA yang bukan sahaja menyaksikan kami meneroka sumber tenaga rendah karbon seperti ammonia dan hidrogen tetapi juga untuk mengukuhkan perkongsian LNG kami. 

“Yang penting, ruang lingkup kerjasama kami juga membuka peluang dalam rantaian nilai bersepadu Petronas serta melangkaui sempadan Jepun apabila kami berusaha meluaskan penggunaan sumber tenaga rendah karbon di seluruh dunia,” kata Naib Presiden Eksekutif PETRONAS, Gas & Tenaga Baharu, Adnan Zainal Abidin. 

Berdasarkan MoU tersebut, Petronas dan JERA akan meningkatkan kerjasama dalam rantaian bekalan untuk bahan bakar ammonia dan hidrogen, selain terus menyokong penggunaan LNG sebagai bahan bakar marin lebih bersih menerusi penyelesaian bunkering (pengisian minyak) LNG, untuk menyokong peraturan Organisasi Maritim Antarabangsa bagi pelepasan gas rumah hijau.

Kedua-dua syarikat akan meneroka penubuhan rangkaian bekalan pengisian minyak global,  memanfaatkan pengalaman mereka dalam pengisian minyak LNG.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]