Berita

SCIB peroleh dua kontrak bernilai RM821 juta di Kuching, Qatar



KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) telah memperoleh  dua kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dengan nilai keseluruhan  RM821.32 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, kumpulan pembinaan awam bersepadu itu berkata satu kontrak diperoleh bagi projek pembangunan hartanah bernilai RM421.97 juta di Kuching, manakala satu lagi projek kejuruteraan dan pembinaan bernilai RM399.35 juta di negara Teluk Qatar.

“Perjanjian rasmi bagi kedua-dua kontrak itu akan dilaksanakan pada masa yang sesuai,” katanya sambil menambah kontrak yang diperoleh itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan SCIB.

Pelanggan bagi kontrak di Kuching ialah Lestari Asiabina Sdn Bhd bagi pembangunan menara pembangunan bercampur 20 tingkat, kondominium dan pangsapuri, sebuah rumah kelab dan rumah kedai, bagi tempoh 108 bulan, yang bersamaan empat peringkat selama 27 bulan.

Kontrak di Qatar telah diberikan kepada SCIB International (Labuan) Ltd., anak syarikat milik penuh SCIB, untuk kerja kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan paip di pengembangan gas Medan Utara Qatar.

Pelanggan di Qatar merupakan Interceptor Trading & Contracting Co.W.L.L., dan kontrak tersebut  dijadualkan selama 30 bulan, dari Feb 2021 hingga Julai 2023.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]