Berita

Widad meterai MoC projek pengurusan loji fotovolta

Widad Group Bhd

KUALA LUMPUR, 3 Feb -- Widad Group Bhd (Widad) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan Motion Ventures Sdn Bhd (MVSB) berkaitan pengurusan kemudahan projek loji fotovolta berskala besar di Sungkai, Perak, serta 66 projek solar komuniti.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Widad berkata MVSB telah mengemukakan bidaannya untuk projek loji fotovolta 1,000 megawatt kepada pihak berwajib dan kini sedang menunggu pelantikan dan/atau hasil bidaan.

“MoC akan berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan selepas pelaksanaan oleh kedua-dua pihak dan boleh dilanjutkan atau ditamatkan sekiranya projek ini tidak dianugerahkan dan/atau ditamatkan oleh kerajaan dan/atau pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Menurut makluman itu, MVSB memiliki dan mengendalikan 66 projek solar komuniti di Malaysia, yang mana tenaga elektrik yang dijana daripada projek solar komuniti dibekalkan ke dalam grid melalui Perjanjian Pembelian Tenaga Boleh Diperbaharui.

Widad berkata kerjasama itu diharap dapat meningkatkan penawaran perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadunya dan menyumbang secara positif kepada pendapatannya.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]