Berita

Serba Dinamik dapat kontrak bernilai RM548.2 juta



KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu,  Serba Dinamik  Holdings Bhd memulakan tahun 2021 dengan mendapat 11 kontrak dalam operasi serta penggendalian (O&M), kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) serta dalam maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT).

Anak syarikat milik penuhnya, SDIT International Ltd (SDITIL) memperoleh kontrak ICT, sementara anak syarikat 75 peratus miliknya, PT  Serba Dinamik  Indonesia (PT SDI) memperoleh lapan kontrak O&M.

Jumlah keseluruhan sembilan kontrak itu bernilai RM548.2 juta.

Sementara itu, baki O&M diperoleh anak syarikat milik penuhnya,  Serba Dinamik  Sdn Bhd (SDSB).

SDSB juga mendapat kontrak EPCC.

 Serba Dinamik  dalam satu kenyataan berkata nilai kedua kontrak itu tidak diperincikan kerana mereka berdasarkan "call-out" bermaksud arahan kerja diberikan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual dan kadar aktiviti mereka sepanjang tempoh kontrak masing-masing.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata lima projek O&M diberikan oleh PT Pilar Bahtera Energi, pembekal tenaga tanpa gangguan terkemuka di Indonesia, ia membolehkan  Serba Dinamik  mengambil bahagian dalam industri tenaga republik itu.

Untuk projek ICT, syarikat itu akan melaksanakan Penyelesaian Pintar untuk pembangunan 'Bandar Pintar dan Selamat' di India.

"Walaupun berada dalam persekitaran bekerja dan perniagaan yang sangat mencabar, kami sangat gembira dapat memulakan tahun ini dengan projek bernilai RM548.2 juta. Ini pasti akan mengukuhkan perolehan kontrak kami dan memberi momentum awal kepada kumpulan,” kata Mohd Abdul Karim.

Sehubungan itu,  beliau yakin bahawa syarikat itu akan terus memberikan hasil kewangan yang memberangsangkan untuk tahun 2021.

"Ini juga merupakan bukti pengalaman dan kepakaran kami bahawa kami akan terus mendapat dan menamatkan projek di pasaran domestik dan luar negara," katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]