Berita

Purata harga jualan gas asli turun kepada RM22.14/MMBtu dalam suku pertama



KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Purata harga jualan gas asli untuk diguna pakai bagi Gas Malaysia Energy and Services Sdn Bhd dari 1 Jan hingga 31 Mac 2021, akan ditetapkan pada RM22.14/juta Unit Terma British (MMBtu). 

Ini lebih rendah sebanyak 34.21 peratus atau RM11.51/MMBtu berbanding purata harga jualan gas asli 2020, kata Gas Malaysia Bhd dalam satu makluman dengan Bursa Malaysia hari ini.

Semakan harga jualan turut termasuk tarif pengangkutan sebanyak RM1.19 bagi setiap MMBtu, kos gas legasi melepasi RM0.62 bagi setiap MMBtu dan tarif pengedaran sebanyak RM1.88 bagi setiap MMBtu seperti yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga sebelum ini.

''Gas Malaysia ingin menjelaskan bahawa semakan harga jualan ini tidak terpakai bagi penjualan gas asli untuk kenderaan gas asli dan gas petroleum cecair yang dibekalkan dalam silinder gas atau secara pukal. 

''Semakan harga jualan ini akan terus menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021,'' katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]