Berita

Unit GCAP peroleh kelulusan FIT untuk projek hidrokuasa 10MW



KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Anak syarikat 90 peratus milik G Capital Bhd, Gunung Hydropower Sdn Bhd (GHSB), berjaya mendapat kelulusan untuk projek hidrokuasa kecil 10 megawatt (MW) di Sungai Perak, Perak.

Projek berkenaan adalah di bawah program tarif galakan (FIT) hidro Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia). 

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, G Capital berkata kelulusan itu telah meningkatkan jangkaan pendapatan tahunan untuk projek 10MW berkenaan sebanyak 15.9 peratus dalam tempoh 21 tahun.

GHSB adalah pemegang Sijil Kelulusan Galakan (FiAH) yang dikeluarkan oleh SEDA Malaysia pada 30 Mac, 2018 untuk loji hidrokuasa kecil berkapasiti 10MW yang dipasang di Sungai Perak.

Hasil tenaga tahunan 67,767 megawatt-hour (MWh) pada harga tetap 25 sen per kilowatt-hour (kWh) untuk jangka masa 21 tahun dinyatakan dalam Perjanjian Pembelian Tenaga Boleh Diperbaharui yang ditandatangani dengan Tenaga Nasional Bhd.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]