Berita

Serba Dinamik akan perbaiki gearan bersih menerusi penempatan persendirian

Serba Dinamik Chief Executive Officer, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Dis  --  Serba Dinamik  Holdings Bhd menjangkakan cadangan penempatan persendirian kumpulan akan menyaksikan gearan bersihnya berada antara 0.5x dan 0.6x daripada 0.88x sebaik sahaja pelaksanaannya selesai pada Januari 2021.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata keseluruhan pelaksanaan penempatan persendirian itu dijangka selesai pada akhir Januari selepas mendapat kelulusan daripada pemegang saham kumpulan di mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan pada 20 Jan.

" Serba Dinamik  bercadang untuk menerbitkan 336,830,000 saham baharu di pasaran. Pada masa ini, harga sesaham belum lagi ditentukan dan ia akan berdasarkan kepada harga semasa pada tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Abdul Karim berkata sekiranya harga berdasarkan kepada harga penutupan setakat 7 Dis, 2020 iaitu RM1.95, penempatan persendirian yang dicadangkan itu akan membolehkan  Serba Dinamik  menjana ekuiti tambahan berjumlah RM656.8 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia baru-baru ini,  Serba Dinamik  mengumumkan ia berhasrat mengumpul sejumlah RM515.35 juta daripada penempatan persendirian bagi membayar semula pinjaman bank serta membiayai sebahagian daripada projeknya.

Kumpulan itu berkata ia akan menerbitkan sehingga 336.83 juta saham baharu, mewakili 10 peratus daripada jumlah modal saham terbitan sebanyak 3.37 bilion saham setakat 30 Nov.

Abdul Karim berkata pada masa ini, terdapat tiga penganjur yang berminat untuk turut serta dalam cadangan penempatan iaitu sehingga 3.0 peratus.

“Syarikat turut berharap yang selebihnya daripada pelabur tempatan dan antarabangsa,” tambah beliau.

Daripada cadangan penempatan persendirian itu, RM100 juta akan digunakan sebahagiannya untuk membayar semula pinjaman sebanyak RM626.99 juta, RM100 juta untuk Limbungan Teluk Ramunia kumpulan di Johor dan RM303.46 juta untuk projek-projek di Abu Dhabi. 

Abdul Karim berkata pembinaan kemudahan bangunan di Limbungan Teluk Ramunia dijangka bermula pada suku pertama 2021 dan akan siap pada suku pertama 2022. 

Limbungan Teluk Ramunia, yang diambil alih oleh  Serba Dinamik  daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada Jun tahun ini, akan mempunyai kapasiti sehingga 10,000 tan untuk melakukan fabrikasi keluli dari platform luar pesisir dan struktur-struktur lain pada 2021.

Sebaik sahaja selesai pembinaan pada 2022, limbungan Teluk Ramunia akan mempunyai kapasiti 50,000 tan dan akan menyumbang kepada pendapatan kumpulan bermula April tahun depan, kata Abdul Karim.

Bagi projek infrastruktur  Serba Dinamik  di Abu Dhabi, beliau berkata projek-projek itu akan bermula pada tahun hadapan dan siap sepenuhnya dalam tempoh empat tahun.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]