Berita

Loji tenaga solar Hanwha Energy di Malaysia mulakan operasi



SEOUL, 14 Dis -- Syarikat tenaga boleh baharu Korea Selatan, Hanwha Energy Corp, pada Isnin berkata loji janakuasa tenaga solar 48-megawatt di Malaysia sudah mula beroperasi dan memulakan pengeluaran komersial, lapor agensi berita Yonhap.

Pada 2017, Hanwha Energy menerima surat lantikan projek bernilai US$40 juta daripada syarikat utiliti milik kerajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membina loji itu di Perlis, tambahnya.

Di bawah projek itu, Hanwha Energy akan menyediakan sekitar 65,000 megawatt jam tenaga elektrik, cukup untuk kegunaan 15,000 isi rumah, bagi tempoh 21 tahun, kata syarikat itu.

-- BERNAMA 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]