Berita

ST baiki sistem pendawaian usang di Rumah Sejahtera, Maahad Tahfiz Al-Quran Ar-Raudah

Source: Facebook

KANGAR, 11 Dis -- Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menjalankan kerja-kerja pembaikan sistem pendawaian usang di  Rumah Sejahtera dan Maahad Tahfiz Al-Quran Ar-Raudah dekat sini, menerusi program Touchpoint, di bawah pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat ST.

Pengarah Kawasan ST Pulau Pinang, Kedah dan  Perlis, Muhamad Azmi Ishak berkata kerja pembaikan di kedua-dua premis tersebut telah mula dijalankan pada 3 Jun lepas.

Program Touchpoint ST merupakan sebahagian daripada usaha ST untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang keselamatan elektrik, di samping membantu golongan yang tidak berkemampuan memastikan pendawaian elektrik di premis yang mereka duduki berada dalam keadaan selamat.

Muhamad Azmi berkata orang ramai perlu sentiasa peka dengan aspek keselamatan elektrik di kediaman masing-masing dan pendawaian elektrik perlu dilaksanakan berpandukan kepada piawaian teknikal yang telah ditetapkan oleh ST.

“Pelantikan kontraktor yang berdaftar dengan ST adalah penting dalam memastikan keselamatan diutamakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Muhammad Azmi berkata orang ramai juga perlu menguji peranti arus baki (PAB) yang terdapat di papan agihan di kediaman masing-masing sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan menekan butang (T) yang terdapat pada alat tersebut.

“Ini dapat mengesahkan sama ada PAB tersebut berfungsi atau tidak, kerana alat inilah yang boleh mengelakkan kes-kes renjatan elektrik atau kebakaran sekiranya berlaku kebocoran arus," katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]