Berita

Petronas temui hidrokarbon di Blok 52, Suriname



KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikatnya, Petronas Suriname E&P B.V. (PSEPBV), berjaya mencatat penemuan pertama hidrokarbon di Republik Suriname susulan usaha penggerudian telaga Sloanea-1 di Blok 52.

PSEPBV adalah pengendali Blok 52 dan memegang 50 peratus kepentingan penyertaan dengan baki kepentingan dipegang oleh ExxonMobil Exploration and Production Suriname B.V..

“Kami amat gembira dengan keputusan positif membabitkan telaga itu setakat ini. Kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk Petronas meneruskan lagi usaha di Suriname yang merupakan antara lembangan tumpuan kami di Amerika.

“Oleh itu, kami berharap untuk meneruskan kejayaan kerjasama dengan ExxonMobil selain memperkukuh hubungan dengan kerajaan Republik Suriname sebagai rakan penyelesaian selain bergerak ke arah penawaran tenaga bersih ke pasaran,” kata Naib Presiden Eksplorasi, Huluan Petronas Emeliana Rice-Oxley dalam satu kenyataan hari ini.

Blok 52  meliputi kawasan seluas 4,749 kilometer persegi di utara dan pesisiran Paramaribo, ibu negara Suriname dan terletak di lembangan Suriname-Guyana yang sebelum ini menyaksikan penemuan beberapa medan hidrokarbon besar.

Telaga Sloanea-1 itu berjaya digerudi sehingga mencecah kedalaman 4,780 meter menggunakan pelantar Maersk Developer.

Ini turut membabitkan penemuan beberapa pakej batu pasir mengandungi hidrokarbon yang berkualiti di kawasan Campanian.

Rice-Oxley menyifatkan perolehan data-data telaga itu membuktikan kalibrasi terbaik berhubung potensi blok berkenaan dan penilaian lanjut kini dilaksanakan untuk penilaian penemuan secara menyeluruh.

Selain Blok 52, PSEPBV juga memegang 100 peratus kepentingan penyertaan dan pengendalian di Blok 48 serta 30 peratus kepentingan penyertaan bukan pengendali di Blok 53.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]