Berita

Sarawak bakal wujudkan badan tunggal urus bekalan air

Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom

KUCHING, 9 Dis -- Sarawak merancang untuk menubuhkan satu entiti bagi mengendali dan menguruskan bekalan air di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya, kata Menteri Utiliti negeri Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata ia adalah sebahagian daripada pelan induk 50 tahun kementerian itu bagi sistem bekalan air negeri dari 2020 hingga 2070.

Dr Rundi berkata entiti baharu itu akan mengikut modul yang digunakan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalamn mengusaha dan menguruskan bekalan tenaga di negeri ini.

Bercakap kepada pemberita selepas memeriksa dua loji rawatan air, Lembaga Air Kuching (LAK) yang terletak di Matang dan Batu Kitang, beliau berkata seperti SEB, badan bekalan air itu perlu efisien dalam operasinya termasuk sistem bekalan air yang cekap, pemeteran pintar dan pemantauan masa nyata.

Dr Rundi berkata satu rang undang-undang bagi Ordinan Air Sarawak yang baharu akan dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei tahun depan.

“Kita akan memerlukan banyak pembiayaan untuk melakukan semua ini bagi memastikan kita mempunyai sistem bekalan air yang efisien bagi seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu, Dr Rundi berkata LAK juga merancang untuk membina loji rawatan air baharu di bawah RMK12 di Landeh, Padawan untuk memenuhi unjuran permintaan di Bandaraya Kuching dan menaik taraf Loji 2 dan Loji 4 di Loji Rawatan Batu Kitang dengan kos RM1.2 bilion.

Projek menaik taraf kapasiti dua loji daripada 95 kepada 200 juta liter sehari (JLH) akan dianugerahkan tidak lama lagi dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Dengan loji baharu yang berupaya membekalkan air pada kadar 200 juta liter sehari (JLH) dan kerja-kerja menaik taraf semua loji sedia ada, LAK akan dapat menghasilkan 1,184 JLH, yang mencukupi untuk semua kawasan di Zon Selatan negeri ini. 

Zone Selatan meliputi Kuching sehingga ke Betong, Zon Tengah menempatkan Sibu, Mukah dan Sarikei manakala Zon Utara dari Bintulu sehingga ke Limbang dan Lawas.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]