Berita

Serba Dinamik raih projek bernilai AS$114.3 juta di seluruh rantau



KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Anak syarikat  Serba Dinamik  Holdings Bhd meraih sembilan kontrak di seluruh rantau ini dengan lima daripadanya mempunyai gabungan nilai anggaran kira-kira AS$114.3 juta (AS$1=RM4.07).

Dalam kenyataan hari ini, penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global itu berkata anak syarikat milik penuhnya  Serba Dinamik  International Ltd, SDIT International Ltd dan  Serba Dinamik  Sdn Bhd serta anak syarikat dengan kepentingan 75 peratus, PT  Serba Dinamik  Indonesia menerima sembilan kontrak termasuk enam kontrak operasi dan penyelenggaraan (O&M), satu kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC), manakala dua lagi kontrak teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Daripada projek itu, lima kontrak yang diraih mempunyai gabungan nilai anggaran kontrak kira-kira AS$114.3 juta yang bersamaan RM465.9 juta.

Selain itu, ia berkata baki empat kontrak lagi tidak mempunyai nilai khusus memandangkan kontrak itu berasaskan “call-out” yang mana arahan kerja dikeluarkan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual aktiviti dan kadar mereka semasa sepanjang tempoh kontrak.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata projek yang diperoleh itu telah memperkukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan dan membolehkannya menamatkan tahun kewangan 2020 dengan keyakinan akan mengekalkan prestasi kewangannya.

“Projek terkini yang diterima menunjukkan keupayaan kami mendapatkan perniagaan selain industri minyak dan gas (O&G) yang telah terjejas akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, kami secara agresif mengembangkan tugas-tugas EPCC kepada projek bukan O&G.

“Selain itu, satu daripada kontrak ICT yang diraih baru-baru ini membolehkan kami menempatkan kedudukan di Republik Guinea. Seiring dengan rancangan masa depan, kami juga akan memberi tumpuan untuk mengembangkan projek ICT dengan memanfaatkan teknologi digital terkini memandangkan kami melihat banyak peluang dalam industri itu,” katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]