Berita

Malakoff rancang kembangkan perniagaan tenaga boleh baharu - CGS-CIMB



KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Malakoff Corporation Bhd menyasar untuk mengembangkan perniagaan pengurusan sisanya dengan terlibat dalam loji tenaga sisa-kepada-tenaga (WTE), biogas dan biojisim, menerusi penyertaan dalam bidaan loji WTE Johor dan Solar 4 berskala besar tahun ini.

CGS-CIMB dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata Malakoff merancang untuk membangunkan kapasiti tenaga boleh baharunya (RE) semula selepas penjualan 50 peratus kepentingannya dalam Macarthur Wind Farm 420MW pada 2019.

“Syarikat tersebut tidak menolak kemungkinan untuk meneroka peluang di luar negara,” kata CGS-CIMB.

Loji tersebut, menurutnya, adalah strategi syarikat untuk menumpukan kepada projek RE, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar RE kepada 20 peratus daripada keseluruhan penjanaan tenaga Malaysia menjelang 2025.

Pada masa depan, firma penyelidikan itu meramalkan pendapatan yang lebih tinggi pada suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 berbanding suku ketiga berakhir 30 Sept 2020. 

Dalam keputusan yang diumum semalam, keuntungan bersih Malakoff pada suku ketiga 2020 susut kepada RM50.80 juta daripada RM94.49 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil pada suku yang sama menurun 20.2 peratus kepada RM1.48 bilion daripada RM1.86 bilion tahun sebelumnya.

Penurunan hasil itu adalah disebabkan bayaran tenaga lebih rendah daripada Segari Energy Ventures Sdn Bhd, susulan faktor penghantaran yang rendah, serta Tanjung Bin Power Sdn Bhd dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd berikutan penurunan harga arang batu sebenar.

“Kami meningkatkan anggaran pendapatan sesaham bagi Tahun Kewangan 2020-2022 kepada 11 hingga 13 peratus atas faktor sumbangan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu dan usaha sama,” kata CGS-CIMB.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]