KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Mah Sing Plastics Industries Sdn Bhd (MSPI) memberikan projek pemasangan solar fotovolta bernilai (PV) RM12 juta kepada penyedia tenaga bersih Plus Solar Systems Sdn Bhd (Plus Solar) untuk melengkapkan kilang pintarnya di klang, Selangor.
Pengarah Eksekutif, Lee Foo Keong berkata fasa pertama pemasangan PV selesai pada 2020 dan bil elektrik akan mencatatkan penjimatan sebanyak tujuh peratus setahun manakala fasa kedua akan bermula pada awal 2021.
“Elaun Cukai Pelaburan HIjau (GITA) membolehkan kami menuntut 100 peratus daripada pelaburan ini apabila mengemukakan borang nyata cukai kami.
“Kerja berkesan ini akan menghasilkan penjimatan sebanyak 24 peratus berdasarkan kadar cukai korporat yang diberikan. Susulan wujudnya GITA, skim Pemeteran Tenaga Bersih dan penjimatan bulanan bagi bil elektrik, kami menjangkakan semua itu akan dapat menanggung kos pemasangan PV ini dalam tempoh empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lee berkata kerjasama dengan Plus Solar akan membawa MSPI lebih dekat untuk merealisasikan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus yang sejajar dengan agenda pembuatan pintar.
“Menerusi produk platik kami, MSPI mahu mengurangkan kesan alam sekitar pada setiap fasa pusingannya yang merangkumi pengeluaran, pengedaran, penghantaran, kutipan sisa, rawatan dan pelupusan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Plus Solar, Ko Chuan Zhen berkata pelbagai pelaburan Mah Sing ke dalam tenaga bersih dijangkakan mengurangkan sejumlah 2,936 tan metrik karbon dioksida, yang bersamaan dengan penanaman 14,680 pokok.
“Ini merupakan langkah yang tepat bagi semua korporat yang menyasarkan kepentingan kelestarian sebagai antara kompotensi teras mereka,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]