Berita

Sarawak Energy syarikat utiliti pertama Malaysia peroleh pinjaman berkaitan kelestarian

Sarawak Energy Berhad

KUALA LUMPUR, 22 Okt  -- Sarawak Energy Bhd memperoleh pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) bernilai RM100 juta dalam bentuk kemudahan kredit pusingan daripada CIMB Bank Bhd, menjadikannya syarikat utiliti pertama di negara ini dan syarikat dari Malaysia Timur pertama memperoleh pinjaman berkaitan dengan sasaran prestasi kelestarian boleh diukur (SPT). 

Pengumuman itu dibuat menerusi majlis penerimaan SLL maya semasa sesi Fireside Chat dengan Sarawak Energy, bersempena dengan sidang kemuncak ‘The Cooler Earth Sustainability Summit 2020’ CIMB.

Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi berkata menerusi pendekatan lebih strategik kepada usaha kelestarian, ia mewujudkan nilai kepada semua pemegang kepentingannya dengan menguruskan risiko dan peluang jangka panjang. 

“Pinjaman berkaitan kelestarian ini mengesahkan lagi usaha kami dalam kelestarian -- bukan hanya baik bagi alam sekitar tetapi juga kepada perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

SLL itu adalah berasaskan kepada SPT yang bertujuan menambah baik prestasi alam sekitar dan sosial Sarawak Energy dari tahun kewangan 2020 hingga tahun kewangan 2023 dan berfungsi sebagai peringatan kepada Sarawak Energy untuk mengekalkan intensiti pelepasan gridnya sejajar dengan Perjanjian Paris dan ikrar pemaju tenaga boleh diperbaharui kepada ‘Business Ambition for 1.5°Celsius’.

Ia juga membantu Sarawak Energy kekal berada di landasan untuk meneruskan matlamatnya menyediakan bekalan eletrik sepenuhnya di Sarawak menjelang 2025, kata kenyataan itu.  

CIMB akan memberikan rebat bagi faedah pinjaman sekiranya SPT yang dipersetujui sebelum ini dipenuhi. 

“Sarawak Energy berhasrat menggunakan rebat faedah yang diterima daripada CIMB bagi program kelestarian belianya sebagai usaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat,” kata kenyataan itu.  

-- BERNAMA

 

 




    Berita Lain-lain

SESB dirombak bagi tambah baik bekalan elektrik Sabah - Bung Moktar

KOTA KINABALU, 13 Nov -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang mengurus bekalan elektrik di Sabah, akan distruktur semula secara besar-besaran bagi memastikannya mampu berdaya saing selain memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat negeri itu.


Serba Dinamik, UniMy meterai kerjasama untuk program latihan teknikal

KUALA LUMPUR, 9 Nov -- Serba Dinamik Group Bhd dan  University Malaysia of Computer Science & Engineering (UniMy) telah memeterai sijil kerjasama (Certificate of Collaboration) yang membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam menjalankan latihan teknikal dan perkongsian teknologi, kepakaran serta program pensijilan yang diiktiraf oleh Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Politeknik Malaysia dari Terengganu.


KPower peroleh kontrak EPCC pertama di Indonesia pada RM54.6 juta

KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Kumpulan Powernet Bhd (KPower) memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) pertama di Indonesia bernilai RM54.6 juta iaitu bagi loji jana kuasa hidro.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2020 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]