Berita

Siti A'iasah dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia



PUTRAJAYA, 8 Okt  -- Timbalan Ketua Pengarah Program Teknikal Agensi Nuklear Malaysia (ANM) Dr Siti A’iasah Hashim dilantik sebagai Ketua Pengarah agensi berkenaan, berkuat kuasa semalam.

Siti A'iasah menggantikan Dr Mohd Abd Wahab Yusof yang bersara pada 21 September lepas, menurut ANM dalam kenyataan hari ini.

"Pelantikan Siti A’iasah dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan beliau khususnya dalam bidang penyelidikan bagi membolehkan beliau menerajui kepimpinan ANM dan seterusnya meneruskan kecemerlangan bagi mencapai matlamat kemajuan pembangunan dan penyelidikan," katanya.

Siti A'iasah mendapat Ijazah Pertama Kejuruteraan (Elektrik) daripada University of New South Wales, Australia pada 1987 dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Fizik Gunaan (Kawalan Pencemaran Udara) daripada Universiti Malaya pada 2015. 

Sementara itu, mantan Pengarah Bahagian Agro dan BioSains Dr Abdul Rahim Harun pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Program Perkhidmatan Teknikal) ANM, juga berkuat kuasa semalam.

Abdul Rahim merupakan pakar nuklear dalam bidang pembaikan mutasi tanaman pernah menjalankan beberapa misi pakar bagi pihak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Laos dan Mauritius. 

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]