Berita

Serba Dinamik perluas program CSR 'Serba Care Team' di peringkat global



KUALA LUMPUR, 1 Okt --  Serba Dinamik  Holdings Bhd sedang memperluas program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah kempen ‘Serba Care Team’ di peringkat global dengan menumpukan tiga aktiviti kemampanan utama -- keselamatan dan kesihatan; pembangunan pendidikan serta persekitaran hijau.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pada fasa pertama, ia akan membantu penduduk pribumi Guinea dan Senegal menerusi penyediaan lebih 20,000 set peralatan perlindungan diri (PPE), bekalan perubatan lain, pelitup muka dan termometer inframerah bernilai hampir RM1 juta.

Syarikat juga menjalinkan kerjasama strategik dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi untuk menghasilkan bekalan perubatan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ia merupakan sebahagian program CSR Serba Care Team dalam usaha menangani masalah kesihatan dunia seperti pandemik COVID-19.

Selain itu, pihaknya memperuntukkan bantuan bernilai hampir RM1.5 juta di bawah program CSR tersebut untuk menyediakan PPE dan bekalan perubatan lain kepada beberapa hospital di Malaysia sejak 28 Mac, 2020, katanya.

Hospital itu termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya; Hospital Canselor Tuanku Muhriz; Hospital Serdang; Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.

“Serba Care juga akan menumpukan kepentingan titik sentuhan kepada masyarakat dalam membantu menangani pandemik dan pada masa sama membina negara yang kukuh,” katanya.

 Serba Dinamik  turut menjalankan aktiviti untuk memperkukuh Care Team syarikat dengan membantu tanggungan kakitangannya dari segi akademik untuk mereka meneruskan pengajian.

Bagi kumpulan 2019 sebanyak tiga pelajar telah terpilih manakala 13 pelajar bagi tahun ini.

Dalam melangkah maju, Mohd Abdul Karim berkata lebih banyak aktiviti akan disasarkan dan dirancang seperti kerjasama dengan Yayasan Pendidikan Mara dan program sekolah angkat di kawasan luar bandar.

“Care Team  Serba Dinamik  telah menggerakkan aktiviti mereka dalam komuniti yang menempatkan operasi kami termasuk di Bintulu, Miri, Paka, Labuan dan Kuala Lumpur, selain di Indonesia.

“Sebahagian sumbangan kami juga disalurkan untuk menyokong institusi seperti rumah anak yatim dan organisasi bukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata usaha bagi kemampanan sentiasa menjadi bahagian penting dalam agenda syarikat, seiring dengan pernyataan tujuan  Serba Dinamik  berdasarkan pengimbangan keperluan untuk menjana nilai ekonomi dengan memelihara alam sekitar dan menyumbang kepada masyarakat untuk masa depan yang mampan.

“Berlandaskan tiga aktiviti kemampanan itu, kami perlu berusaha untuk maju bersama-sama sepanjang laluan ini dengan tahap komitmen dan semangat yang tinggi agar  Serba Dinamik  meneruskan perjalanannya demi generasi akan datang,” katanya.

 Serba Dinamik  juga memberikan bantuan segera kepada keluarga dan individu yang memerlukan terutama golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) di Sarawak.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]