Berita

Petros bakal teroka potensi minyak dan gas di Lawas



KUCHING, 5 Sept  -- Kerajaan Sarawak melalui syarikat miliknya Petroleum Sarawak (Petros) bercadang meneroka potensi minyak dan gas di Lawas, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya ini kerana pakar dalam industri berkenaan percaya daerah itu serta Limbang yang berjiran mempunyai simpanan rizab minyak dan gas.

“Kita akan beri kepada Petros untuk mengkaji sama ada (jumlah) minyak dan gas yang ada di dalamnya (mampu menghasilkan pendapatan baharu kepada Sarawak),” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Zon Utara di bandar raya Miri hari ini.

Abang Johari yang juga Presiden PBB berkata potensi minyak dan gas di kawasan utara Sarawak sangat besar mendorong kepada cadangan untuk membangunkan loji penapisan minyak di Lawas.

“Cadangan loji penapisan minyak di Lawas bernilai sekitar RM20.8 bilion itu akan menjadi batu loncatan kepada pembangunan di kawasan utara dan ekonomi Sarawak secara keseluruhan apabila ia menjadi kenyataan pada 2022,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang melibatkan PBB dan tiga rakan sekutu iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) komited untuk membangunkan kawasan pedalaman negeri tersebut.

“Tanah, kawasan tarikan pelancongan dan sudut ekonomi di kawasan pedalaman, semuanya mempunyai potensi yang sangat besar untuk dikomersilkan,” katanya.

Seramai 961 perwakilan daripada 17 cawangan PBB menghadiri konvensyen khas itu yang diadakan dalam skala lebih kecil berbanding kebiasaan sebagai mematuhi prosedur operasi standard untuk membendung COVID-19.

Selain bandar raya Miri, konvensyen serupa bakal diadakan di Betong, Sibu dan Kuching.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]