Berita

Pendapatan, perolehan Serba Dinamik meningkat pada suku kedua



KUALA LUMPUR, 25 Ogos  -- Keuntungan bersih  Serba Dinamik  Holdings Bhd meningkat kepada RM147.88 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2020, daripada RM130.44 juta dalam tempoh sama tahun lepas. 

Perolehan naik kepada RM1.44 bilion daripada RM1.14 bilion pada tahun lepas berikutan aktiviti yang kukuh daripada segmen operasi dan penyelenggaraan (O&M).

O&M menyumbang 83.2 peratus daripada perolehan pada suku kedua 2020 dengan meningkat sebanyak RM244.3 juta atau 25.7 peratus daripada tahun sebelumnya berikutan aktiviti yang lebih tinggi daripada aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di rantau Timur Tengah seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Oman dan Malaysia.

Aktiviti pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan (IRM) turut menunjukkan keuntungan operasi pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak RM219.3 juta, mewakili margin kasar sebanyak 18.3 peratus tahun ke tahun.

Keuntungan bersih kumpulan setakat ini pada tahun ini meningkat kepada RM281.60 juta daripada RM242.59 juta tahun ke tahun manakala perolehan naik kepada RM2.72 bilion daripada RM2.12 bilion pada tahun lepas.  

Rantau Timur Tengah terus menjadi penyumbang perolehan tertinggi untuk  Serba Dinamik  di peringkat serantau berikutan ia menyumbang 67.2 peratus daripada keseluruhan perolehan untuk suku tahun itu atau RM966.7 juta, naik RM294.0 juta berbanding tahun lepas, disumbangkan oleh aktiviti yang lebih tinggi di UAE dan Qatar. 

Malaysia disenaraikan sebagai penyumbang perolehan kedua terbesar mengikut negara, mencatatkan sejumlah RM394.1 juta pada suku kedua 2020 atau 27.4 peratus daripada jumlah perolehan, naik 16.4 peratus berbanding tempoh sama pada 2019.

Prestasi kukuh itu disumbangkan oleh kerja-kerja yang lebih tinggi untuk aktiviti O&M dan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian. 

Mengenai masa depan,  Serba Dinamik  berkata kumpulan optimis mengenai memanfaatkan segmen O&M, EPCC dan ICT negara dalam rangkaian globalnya tanpa mengambil kira situasi di luar jangka jika pandemik COVID-19 berpanjangan.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]