Berita

SARES bawa perubahan kepada masyarakat luar bandar Sarawak



KUCHING, 23 Ogos  -- Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) telah membawa perubahan besar kepada kehidupan masyarakat luar bandar di negeri ini sejak dilancarkan pada Jun 2016, kata syarikat tenaga negeri, Sarawak Energy.

Ia berkata SARES yang menggunakan sumber tenaga boleh baharu seperti suria dan hidro-mikro di pedalaman Sarawak adalah satu inisiatif di bawah Pelan Induk  Elektrifikasi Luar Bandar Sarawak  yang berjaya memperluaskan bekalan elektrik kepada 93 peratus populasi negeri ini setakat tahun lepas.  

“Inisiatif bersepadu kerajaan negeri yang disokong Sarawak Energy menyasarkan untuk menyediakan bekalan elektrik 24 jam menerusi kemajuan di dalam teknologi tenaga alternatif kepada masyarakat di pedalaman yang amat sukar dan mengambil banyak masa untuk dihubungkan dengan grid elektrik utama, katanya dalam satu kenyataan. 

Kejayaan terkini SARES ialah pelaksanaannya di empat rumah panjang di Sebauh, sebuah daerah pedalaman dalam Bahagian Bintulu dan upacara penyerahan sistem itu disempurnakan oleh Menteri Utiliti negeri Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, baru-baru ini.

Bercakap pada majlis itu, beliau berkata SARES  merupakan sebuah hadiah daripada kerajaan negeri kepada penduduk luar bandar yang tidak mempunyai akses sama seperti utiliti di bandar dan di bawah sistem ini setiap isi rumah disediakan dengan 3,000 watt sejam tenaga elektrik boleh baharu, mencukupi untuk pencahayaan asas dan menjalankan alat keperluan rumah.

-- LAGI

 

SARES-KEJAYAAN  2 (AKHIR) KUCHING

 

Dr Rundi berkata di bawah Pelan Induk  Elektrifikasi Luar Bandar Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan RM2.37 bilion untuk tempoh 2019-2020 bagi menyegerakan pelaksanaan projek elektrifikasi sejajar dengan sasaran mencapai liputan bekalan elektrik sepenuhnya di dalam negeri menjelang 2025.

Bagi Bahagian Bintulu, SARES telah menghubungkan 17 kampung di Sebauh dan 18 kampung di Tatau, menerangi 607 isi rumah dengan 3,300 penghuni.

Beliau berkata 21 lagi projek masih lagi berjalan di daerah berhampiran Tatau dan dijangka siap awal tahun hadapan. 

Pada penghujung tahun ini, SARES dijangka akan memberi manfaat kepada 5,100 penduduk di Bahagian Bintulu dengan bekalan elektrik boleh baharu yang boleh diharapkan selama 24 jam.

-- BERNAMA

 

TAG: skim pembekalan elektrik alternatif luar bandar sarawak, SARES, pelan induk, elektrifikasi luar bandar sarawak, sarawak energy, dr stephen rundi utom.

 


RK HI MRZN MK




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]