KUALA LUMPUR, 29 April -- Bazar dalam talian kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), ‘Agrobazaar Online’ akan menjadi normal baharu masyarakat pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ini berikutan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), platform jualan hasil tani dalam talian itu berjaya mencatatkan jualan terkumpul sebanyak RM1.18 juta setakat semalam.
“Jumlah itu melibatkan pembelian produk segar seperti sayuran dan buah-buahan (RM693,000) dan produk asas tani (RM491,000).
“Sebanyak 29,663 penghantaran telah dilakukan oleh pihak Agrobazaar Online sepanjang tempoh itu. Berdasarkan jumlah ini, kita percaya, ia akan menjadi budaya hidup masyarakat selepas ini,” katanya kepada Bernama selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat FAMA di Bandar Baru Selayang di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kekangan memasarkan hasil tani sepanjang Ramadan ketika PKP dilaksanakan, beliau mengatakan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) dan Agrobazaar Rakyat (ABR) dilihat mampu menjadi saluran alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah itu.
“AKR dan ABR ini berfungsi sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan petani kecil di kawasan sekitar terutama di luar bandar.
“Setakat ini sebanyak 321 AKR dan 115 ABR beroperasi di seluruh negara ketika PKP, sekali gus mampu membantu usahawan tani dan pengguna mendapatkan bekalan di samping berperanan menjual barangan keperluan harian untuk kegunaan penduduk setempat,” jelasnya.
Sementara itu, sebanyak 50 cawangan FAMA di seluruh negara telah beroperasi sepanjang PKP setakat semalam.
“Sebanyak 20 cawangan di Pusat Operasi FAMA, Pasar Tani Kekal (22), MyFarm Outlet (3), lokasi terpilih (5). Daripada jumlah itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) masing-masing menyediakan 31 dan 63 pasar, menjadikan jumlah keseluruhannya 144 buah cawangan di seluruh negara," katanya.
Bagi Pasar Segar Terkawal (PST) yang mula beroperasi 1 April hingga semalam, Ahmad menjelaskan nilai jualan bagi 50 PST mencecah RM35.2 juta.
“Inisiatif PST ini melibatkan 530 usahawan, 440,000 pengunjung dan 51,800 penghantaran di seluruh negara,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]