Datuk Safar Untong
KOTA KINABALU, 28 April -- Kerajaan Sabah hari ini bersetuju membenarkan 44 jeti persendirian bagi pengendalian sawit dan petroleum untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong.
Beliau berkata kebenaran itu masing-masing membabitkan 10 jeti bagi aktiviti pengendalian minyak sawit dengan saluran paip; 32 jeti untuk aktiviti pemunggahan buah tandan segar kelapa sawit serta dua jeti bagi pengendalian petroleum dan gas.
“Keputusan membenarkan jeti persendirian ini beroperasi telah diputuskan menerusi Pusat Arahan COVID-19 Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini.
Safar berkata kerajaan Sabah turut bersetuju membenarkan 33 syarikat kilang baja berlesen di negeri ini meneruskan operasi untuk memenuhi keperluan tempatan sahaja dan bukan bagi tujuan eksport.
Selain itu, katanya, kebenaran beroperasi bagi perkhidmatan penting dan barangan penting serta semua kebenaran khas yang dikeluarkan sebelum ini turut dilanjutkan sehingga 12 Mei mengikut Tatacara Pengoperasian yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]