Berita

Serba Dinamik akan laksana tawaran saham persendirian



KUALA LUMPUR, 23 April --  Serba Dinamik  Holdings Bhd mencadangkan tawaran saham persendirian untuk meningkatkan modal kerjanya sehingga RM580.09 juta dan mengurangkan sebahagian daripada pinjaman sedia adanya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata langkah itu akan memberikan ia kelonggaran kewangan untuk membiayai rancangan pengembangan dan strategi pertumbuhan pada masa depan, sekiranya peluang muncul.

Ia juga akan membantu kumpulan itu menarik lebih banyak pelabur institusi tempatan dan antarabangsa, yang seterusnya dapat memperbesarkan asas pemegang saham  Serba Dinamik  dan berpotensi meningkatkan kecairan sahamnya.

Cadangan tawaran saham persendirian itu melibatkan terbitan hingga 394.62 juta saham baharu, mewakili sehingga 10 peratus daripada jumlah saham biasa yang diterbitkan  Serba Dinamik .

Berdasarkan harga terbitan ilustratif RM1.47 bagi setiap tawaran saham persendirian, ia berkata tawaran saham itu akan meningkatkan hasil kasar sebanyak RM450.57 juta dan RM580.09 juta masing-masing di bawah senario minimum dan maksimum.

Syarikat perkhidmatan kejuruteraan itu menjangka tawaran saham persendirian itu selesai pada suku kedua 2020.

-- BERNAMA

 

 


 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]