KUALA LUMPUR, 23 April -- Peningkatan harga minyak mentah yang menggambarkan prospek lebih positif bagi jangka sederhana turut memacu prestasi ringgit yang dibuka 0.23 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS, hari ini.
Pada 9.01 pagi, unit tempatan itu naik 100 mata asas kepada 4.3550/3645 berbanding dolar AS daripada 4.3650/3750 sewaktu ditutup pada Rabu.
Dalam pada itu, Ketua Strategis Pasaran Global Axicorp Stephen Innes berkata peningkatan ringgit itu berkait rapat dengan prospek kenaikan harga minyak pada jangka sederhana ketika pasaran dilihat mengelak unjuran jangka pendek lebih suram serta mengandaikan pemulihan harga minyak lebih ketara pada suku ketiga tahun ini (Q3 2020).
"Ini jelas dapat dilihat dalam saham-saham berkaitan minyak global yang mencatat prestasi lebih baik semalam, disokong oleh dividen tinggi dan jangkaan pembetulan harga minyak yang positif pada Q3 2020," katanya dalam nota hari ini.
Pada 9.23 pagi, West Texas Intermediate (WTI) yang juga minyak penanda aras pasaran hadapan Amerika Syarikat (AS) bagi global meningkat 1.52 peratus kepada US$13.99 setong manakala penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 1.67 peratus kepada US$20.71 setong.
Malaysia merupakan pengeksport bersih minyak mentah dan produk petroleum dan sebarang pergerakan harga minyak mentah turut memberi pengaruh besar terhadap pengukuhan ringgit.
Selain itu, ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia naik berbanding yen kepada 4.0399/0498 daripada 4.0525/0626 pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0480/0557 daripada 3.0582/0659.
Berbanding euro, ringgit turut naik kepada 4.7086/7198 daripada 4.7400/7517 sebelumnya manakala berbanding pound, ringgit meningkat kepada 5.3649/3771 daripada 5.3964/4106, semalam.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]