Oleh Aishah Mohmad Afandi
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Dalam persekitaran ketidaktentuan global berikutan pandemik COVID-19 yang membawa kepada sekatan pergerakan dan kawalan pergerakan di seluruh dunia, Serba Dinamik Holdings Bhd optimis mengenai unjurannya, terutamanya projeknya yang bernilai RM7.71 bilion di Abu Dhabi.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata projek itu, yang disokong oleh rangkaian pembekal, perunding dan kontraktor yang kukuh untuk menyokong kerja-kerja tersebut, akan terus mengukuhkan kedudukan syarikat di Timur Tengah.
“Kami telah beroperasi di rantau itu sejak 2001 dan telah berjaya sejak itu,” katanya dalam temu bual melalui e-mel hari ini.
Beliau menegaskan projek ini bersifat kepelbagaian untuk mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan minyak dan gas serta tidak lari daripada kecekapan terasnya berikutan Serba Dinamik amat kompetitif dalam kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) serta IT - teknologi baharu.
Malah, dengan lebih 18 tahun rekod kewangan menunjukkan pengisytiharan hutang lapuk yang sifar mencerminkan ketelitian syarikat dari segi kutipan hutang.
Oleh itu, Karim berkata tidak wujud kebimbangan bahawa projek ini tidak akan mencatat prestasi yang baik seperti didakwa oleh pemerhati industri dan penganalisis berikutan beliau sendiri sebagai pengasas memulakan dan menyokongnya.
Di sebalik sekatan pergerakan, perniagaan seperti biasa untuk penyedia perkhidmatan tenaga antarabangsa itu yang dikategorikan di bawah ‘perkhidmatan penting’.
“Kami tidak melihat operasi kami terjejas dengan ketara oleh situasi semasa,” kata Karim.
Sementara itu, katanya kontrak di Abu Dhabi yang diraih pada 15 April, memerlukan Serba Dinamik membangunkan tiga bidang kepentingan - hab inovasi yang termasuk pembangunan pejabat, restoran, pusat pameran dan pusat teknologi maklumat.
Ia turut merangkumi kampus akademik dan penginapan yang termasuk pangsapuri dan hotel, di kawasan seluas 455,000 meter persegi.
Mengenai keupayaan kewangan syarikat untuk membiayai projek itu, Karim berkata ia mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.
“Kami sentiasa memantau nisbah tahap kadar hutang kami untuk memastikan kami sejajar dengan jangkaan pasaran,” katanya.
Setakat ini, Serba Dinamik mempunyai nilai perolehan kontrak sebanyak RM10 bilion daripada pelbagai projek yang diraih.
Mengenai risiko projek itu, Karim berkata syarikat perlu membayar penalti 10 peratus jika ia melepasi tarikh akhir siap dalam tempoh empat tahun, seperti amalan pasaran yang standard.
“Syarikat juga berusaha untuk mengehadkan sebarang risiko melalui komunikasi yang berterusan dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikannya tidak melanggar undang-undang, peraturan dan undang-undang di UAE,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]