Berita

RAM Ratings semak semula unjuran keseluruhan inflasi kepada 0.0 peratus pada 2020



KUALA LUMPUR, 20 April  -- RAM Ratings menyemak semula unjuran keseluruhan inflasi bagi 2020 kepada 0.0 peratus daripada 0.7 peratus disebabkan terutamanya harga minyak lemah, diskaun bagi bil elektrik isi rumah dan penurunan permintaan. 

Meskipun inflasi kekal stabil pada 1.5 peratus pada Januari-Februari, ia dijangka susut kepada -0.2 peratus pada Mac. 

"Pada masa hadapan, kami mengunjurkan trend deflasi pada suku kedua dan ketiga tahun ini. Pencetus utama semakan semula menurun ini adalah jangkaan kelemahan berterusan harga minyak di tengah-tengah lebihan bekalan dunia,” kata RAM Ratings dalam satu kenyataan hari ini

Meskipun perjanjian yang diterajui OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak, yang terbesar dalam sejarah, langkah itu masih tidak mencukupi untuk mengimbang penurunan permintaan di tengah-tengah penularan mengganas pandemik COVID-19 di seluruh dunia. 

Sementara itu, Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat menjangka permintaan minyak global merosot pada 2020, lebih teruk berbanding 1.0 peratus semasa krisis kewangan global pada 2009.  

"Justeru, kami mengurangkan andaian harga purata kami bagi minyak mentah Brent kepada antara US$35 dan US$40 pada 2020. Ini dianggarkan menurunkan inflasi tahun penuh sebanyak kira-kira  0.4 mata peratusan," kata RAM Ratings. 

Faktor lain yang menyebabkan penurunan semakan semula dalam unjuran keseluruhan inflasi oleh RAM Ratings adalah diskaun besar tarif elektrik bagi isi rumah, seperti yang diumumkan di bawah pakej rangsangan kerajaan baru-baru ini.   

Isi rumah akan mendapat diskaun selama enam bulan (April-September) daripada 2.0 peratus hingga 50 peratus, bergantung kepada penggunaan elektrik mereka. 

"Memandangkan 2.7 peratus wajaran elektrik dalam keseluruhan kumpulan Indeks Harga Pengguna, inisiatif ini dijangka menurunkan inflasi sebanyak 0.2 mata peratusan lagi," kata RAM Ratings.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]