Berita

Saham Serba Dinamik naik berikutan raih kontrak di Abu Dhabi



KUALA LUMPUR, 16 April -- Harga saham  Serba Dinamik  Holdings Bhd meningkat 19 sen kepada RM1.87 pagi ini selepas anak syarikat milik penuhnya,  Serba Dinamik  International Ltd (SDIL) meraih kontrak pembinaan bernilai RM7.71 bilion di Abu Dhabi.

Sejumlah 14.63 juta saham diniagakan sehingga 9.30 pagi.

Semalam,  Serba Dinamik  mengumumkan pada 12 April, 2020, SDIL telah menerima surat lantikan daripada Block 7 Investments LLC untuk menjalankan kerja-kerja  kejuruteraan, perolehan dan pembinaan hab inovasi, kampus akademik, infrastruktur teknologi maklumat (IT) dan kemudahan yang berkaitan di Abu Dhabi.

“Projek itu akan meliputi tiga bidang kepentingan, iaitu hab inovasi yang termasuk pembangunan pejabat, restoran, pusat pameran dan pusat IT.

“Ia akan turut merangkumi kampus akademik dan penginapan yang termasuk pangsapuri dan hotel, di kawasan seluas 455,000 meter persegi,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]