KUCHING, 14 April -- Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju untuk mengekalkan penerbangan seminggu sekali bagi sektor Kuala Lumpur-Kuching-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur bagi tempoh 16 April hingga 14 Mei.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata bagi sektor Kuala Lumpur-Kuching-Kuala Lumpur, penerbangan dilakukan setiap Khamis dan setiap Jumaat bagi sektor Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur, dengan jaminan penerbangan ini akan dihubungkan dengan bandar-bandar lain di negeri ini melalui penerbangan MASwings.
“MAS telah mengesahkan bahawa jumlah penerbangan akan ditambah sekiranya bilangan penumpang meningkat dan memberi jaminan penerbangan kargo akan diteruskan antara Kuala Lumpur dan Sarawak untuk membawa masuk khususnya barangan keperluan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Lee berkata persiapan secukupnya telah dibuat untuk menampung bilangan penumpang yang akan tiba berikutan keputusan itu, antaranya ialah mewujudkan lebih banyak pusat kuarantin.
Sebelum ini, MAB telah membuat keputusan dan mengumumkan pembatalan semua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Sarawak berkuat kuasa dari 15 April hingga 30 April kerana wabak COVID-19 dan sekatan perjalanan.
Berikutan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengembalikan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak bagi perjalanan penting dan untuk memastikan bekalan serta perkhidmatan terutamanya perubatan dan makanan sampai ke destinasinya dalam waktu kritikal ini.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]