Berita

OPEC+ diunjur kurangkan pengeluaran minyak 10 juta tong sehari mulai 1 Mei - OCBC Bank



KUALA LUMPUR, 10 April -- OPEC (pengeluar minyak bersekutu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) mungkin akan meneruskan pengurangan bekalan sebanyak 10 juta tong sehari (mbpd) mulai 1 Mei, ia akan dikurangkan secara beransur-ansur dalam tempoh 12 bulan, kata seorang ahli ekonomi.

Ahli Ekonomi OCBC Bank Howie Lee berkata negara-negara anggota kumpulan telah bersetuju untuk pengurangan pengeluaran sebanyak 10 mbpd pada bulan Mei dan Jun sebelum mengurangkannya sebanyak 8.0 mbpd dari Julai hingga Disember dan 6.0 mbpd dari Januari hingga April tahun depan.

"Pengurangan antara 10 hingga 15 mpd telah dijangkakan sebelum ini, maka pengurangan sebanyak 10 mbpd itu adalah menepati anggaran tersebut," katanya dalam laporan mengenai perkembangan minyak yang terbaru hari ini.

OPEC terdiri daripada negara-negara anggota OPEC, Rusia, dan negara pengeluar minyak yang lain.

Lee berkata Rusia dan Arab Saudi mungkin telah mengetepikan perbezaan mereka, tetapi penyertaan Amerika Syarikat (AS) masih tidak jelas, manakala Mexico kelihatan tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pengurangan pengeluaran lebih banyak.

"Sebelum mesyuarat itu, Kremlin (Rusia) berkata ia sudah bersedia untuk mengurangkan bekalan minyaknya sebanyak 1.6 mbpd - satu perubahan kerana sebelum ini ia tidak mahu melakukannya," katanya.

Kedua-dua negara itu menjangkakan kejatuhan pada harga selepas mereka mengalami kemerosotan pada bulan Mac, menyebabkan kejatuhan harga minyak secara drastik.

Dalam perkembangan lain, pertemuan secra maya di kalangan menteri-menteri dari negara G20 malam ini mungkin melihat negara pengeluar minyak lain di luar blok OPEC mengurangkan pengeluaran sebanyak 5.0 mbpd, kata Lee.

Beliau menjangkakan negara-negara seperti Brazil, China dan Mexico bersetuju untuk beberapa bentuk pengurangan bekalan jangka pendek, berikutan keperluan mendesak akibat penularanan COVID-19.

Pertemuan itu juga menjadi peluang terakhir bagi AS untuk mengambil bahagian dalam langkah ini dan kegagalan untuk melakukannya dapat menjatuhkan lagi harga lagi.

Menurut Lee, Amerika Syarikat telah terus menggesa Rusia dan Arab Saudi untuk mengurangkan pengeluaran, tetapi AS berjaya mengelak untuk mengurangkan sebarang pengeluaran. 

"Dalam erti kata lain, ia menikmati harga yang lebih tinggi tanpa mengurangkan bekalan," katanya sambil menambah bahawa Rusia terus mendesak bahawa AS perlu melakukan lebih daripada menuntut pengeluaran syal mereka yang secara semulajadinya akan dikurangkan pada harga lebih rendah.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]