KUALA LUMPUR, 10 April -- Jumlah keseluruhan stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.67 peratus kepada 1.72 juta tan pada Mac 2020 daripada 1.70 juta tan pada Februari 2020.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), menerusi kenyataan hari ini, berkata stok minyak sawit mentah (MSM) turun 2.57 peratus kepada 829,524 tan daripada 851,427 tan bagi tempoh yang sama.
Stok minyak sawit diproses pula menambah 5.92 peratus kepada 899,057 tan pada Mac 2020 daripada 848,830 tan pada bulan sebelumnya.
Sementara itu pengeluaran MSM juga meningkat 8.44 peratus kepada 1.39 juta tan daripada 1.28 juta tan pada Februari.
Keluaran isirung sawit menokok 5.8 peratus kepada 351,058 tan daripada 331,808 tan.
MPOB berkata eksport minyak sawit mengukuh 9.15 peratus kepada 1.18 juta tan daripada 1.08 juta tan bagi tempoh yang sama.
Eksport kek isirung sawit meningkat 83.47 peratus kepada 216,453 tan daripada 117,977 tan manakala eksport biodiesel melonjak 213.56 peratus kepada 68,324 tan daripada 21,790 tan.
Eksport minyak isirung sawit menokok 4.85 peratus pada Mac 2020 kepada 77,481 tan daripada 73,898 tan pada bulan sebelumnya.
MPOB juga berkata eksport oleokimia juga meningkat 3.96 peratus kepada 260,957 tan daripada 251,016 tan bagi tempoh yang sama.
Import MSM bagaimanapun berkurangan 26.01 peratus kepada 27,637 tan pada Mac daripada 37,351 tan pada Februari tahun ini.
Sementara itu, jumlah keseluruhan import minyak sawit meningkat 12.77 peratus kepada 75,258 tan daripada 66,735 tan sebelumnya, menurut MPOB.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]