KUALA LUMPUR, 8 April -- Serba Dinamik Holdings Bhd menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan bekalan perubatan lain termasuk lebih 100,000 keping topeng muka, cecair pembasmi kuman dan termometer infra merah bernilai sehingga RM1.0 juta kepada lima hospital sejak 28 Mac untuk memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia.
Lima hospital itu ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh, kata penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Memandangkan tidak pasti berapa lama penyebaran virus itu akan berterusan, adalah penting sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami memberi memberi sumbangan untuk meringankan keadaan semasa," kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Karim Abdullah.
Syarikat itu juga menyediakan makan tengah hari dan makan malam yang dibungkus untuk 100 orang di PPUM selama tujuh hari dari 25 Mac, bagi memberi penghargaan kepada kakitangan hospital yang bekerja keras.
"Kami tidak tahu sampai bila pandemik akan berlanjutan, atau jika kita akan terkena gelombang virus seterusnya. Apa pun yang akan terjadi, Serba Dinamik akan sentiasa bersedia dan terus memberi sokongan kepada hospital dengan peralatan, bekalan atau keperluan yang diperlukan pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]