Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
KUALA LUMPUR, 10 Mac -- Ketidaktentuan harga minyak dan gas (O&G) tidak akan memberi kesan jangka panjang kepada aktiviti operasi dan penyenggaraan (O&M) Serba Dinamik Holdings Bhd.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, penyenggaraan masih lagi diperlukan selagi pengeluaran diteruskan.
" Serba Dinamik memantau secara aktif situasi yang melanda Timur Tengah dan Malaysia mengenai segmen O&G. Setakat ini, ia tidak menjejaskan operasi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata mudah tunai jangka pendek dan sederhana syarikat tersebut juga adalah mencukupi untuk memastikan operasinya kekal kukuh sekiranya keadaan bertambah buruk.
Harga minyak menurun kepada US$30 setong daripada US$60 setong pada Isnin, paras terendah yang dicatatkan sejak Perang Teluk pada 1991, berikutan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Rusia gagal mencapai kesepakatan ke atas pengurangan pengeluaran untuk meningkatkan harga.
Pada suku keempat bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2019, segmen O&M Serba Dinamik menyumbang 85.2 peratus atau RM1.16 bilion ke atas jumlah perolehan kumpulan.
Ini menyumbang kepada kenaikan 32.7 peratus berbanding RM873.2 juta pada tahun sebelumnya berikutan peningkatan aktiviti daripada aktiviti penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih peralatan putar di Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Malaysia.
Sementara itu, Abdul Karim berkata strategi syarikat itu untuk mewujudkan operasi syarikat di kawasan lain menampakkan kejayaan.
“Fokus kami adalah untuk mengurangkan kebergantungan jangka panjang ke atas sektor O&G,” katanya.
Mengenai impak penularan COVID-19 terhadap operasi Serba Dinamik , beliau menyifatkan impak itu adalah minimum.
Beliau berkata keadaan politik di Malaysia juga tidak memberikan sebarang kesan kepada operasi syarikat berikutan kebanyakan kontrak adalah berdasarkan urusniaga komersial.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan kabinetnya yang merangkumi 31 menteri termasuk empat menteri kanan bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Pertahanan, Kerja Raya dan Pendidikan.
Saham syarikat itu ditutup tidak berubah pada RM1.85.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]